Posts
Tuesday, February 3, 2009
Hari Raya Cina!
Hari Raya Cina! Hmm... Hari Raya Cina sudah lepas tetapi ada orang yang masih menyambutnya. Mereka ini bergantung kepada kalender tahun lepas atau pun mereka ketinggalan zaman. Sebenarnya, walaupun cuti Hari raya Cina hanya dua hari sahaja, mereka menyambut Hari Raya tersebut selama lima belas hari. Wow, lamanya! Sekolah saya, iaitu Sekolah Menengah East Spring, menyambut Hari Raya Cina pada 23 Januari 2009 di dewan serbaguna yang besar. Kelas saya melihat persembahan daripada beberapa penari-penari, kumpulan nyanyian dan bermacam -macam lagi. Saya sungguh seronok. Sekolah kami juga telah menjemput beberapa warga emas dari berbilang bangsa untuk juga melihat persembahan yang diadakan di sekolah kami. Ada yang gembira sehingga mereka menepuk tangan dan ada yang bermuka masam sahaja. Mungkin mereka fikir yang persembahan kita tidak menarik untuk mereka. Selepas persembahan itu tamat, warga-warga emas yang dijemput dihantar pulang ke rumah orang tua. Setelah mereka beredar, bermulalah satu permainan yang sungguh seronok sekali. Kami harus meneka guru siapakah yang menyanyi lagu uang dimainkan. Banyak yang meneka tetapi semuanya salah. Rupa-rupanya, guru yang menyanyi lagu tersebut adalah seorang guru yang tidak disangkakan. Saya rasa itulah sahaja yang dapat saya ceritakan untuk minggu ini. Jumpa Lagi:)
Posted at 8:22 PM
__________________________________________
Tuesday, January 20, 2009
Azam
Azam saya untuk tahun ini adalah supaya saya mendapat markah yang tinggi untuk perperiksaan akhir tahun di sekolah menengah saya. Iaitu mendapat A1 untuk semua subjek-subjek saya. Kalau boleh, saya juga mahu menyimpan duit saya sehingga mencapai lebih daripada $100000 kerana saya hendak membeli komputer riba yang baru kerana komputer riba saya yang dahulu sudah rosak. Jikalau ada duit yang berlebihan, saya ingin pergi memakan angin bersama keluarga saya di Mumbai, India. Itu pun jikalau kita mampu. Harap- harap kami dapat jumpa Shah Rukh Khan. Saya harap, tahun ini akan menjadi lebih bermakna daripada yang sebelumnya:)
Posted at 8:34 PM
__________________________________________